KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK / BULAN AL KAREEM

Alhamdullillah, dengan izin Allah swt dapat kita bertemu lagi dengan bulan yang telah ditunggu- tunggu oleh semua UMMAT islam di dunia sama ada di Malaysia atau dimana- mana sahaja.
Tapi apakah yang kita tahu mengenai Bulan Ramadhan?
Fakta mengenai Bulan Ramadhan:
1) Turunnya wahyu yang pertama kepada nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad saw. Baginda telah diturunkan dengan ayat yang pertama dari Surah Al Alaq...
Aplikasinya kedalam kehidupan kita terutama sebagai seorang pelajar,
Allah swt telah mengutamakan mengenai ilmu dalam setiap aspek. Buktinya Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad membaca Ayat pertama dari Surah Al Alaq dengan bacaan " Bacalah". Perkataan bacalah itu telah diulang sebanyak tiga kali oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad. Jadi disini kita dapat lihat bahawa Allah swt amat menganjurkan kita untuk mencari ilmu di dalam kehidupan seharian.
2) Bulan diamana ada malam Lailatul Qadr
Malam Lailatulqadr adalah malam dimana ianya lebih baik dari seribu bulan. Penyataan lebih baik dari seribu bulan diambil daripada Ayat Alquran iaitu maksudnya :
"Malam Lailatuqdr adalah lebih baik dari 1000 bulan"
Begitulah sedikit sebanyak fakta atau ilmu yangd apat dikongsi mengenai Bulan Ramadhan..
Kita berjumpa di lain hari..
Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUSIC

 

Penafian

AHMAD RADHI ZIKRI BIN AZIZ/PEMILIK weblog ini tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang berlaku kepada pengguna laman web ini. Weblog ini sesuai dilayari pada pelayar Internet Explorer 7.0 dan ke atas. Hakcipta Terpelihara.